Liwat Rakan Sel | Banduan dihukum 23 tahun penjara, empat sebatan

2022-10-11 1

Seorang banduan dihukum 23 tahun penjara dan empat sebatan atas empat pertuduhan meliwat tiga rakan selnya di Penjara Marang, 5 Julai lalu.

Keputusan dibuat hakim Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, Nooriah Osman selepas tertuduh, Mohd Shahrul Ruzaimy Maznan, 29 tahun mengaku bersalah terhadap kesemua pertuduhan.